Saturday, October 13, 2012

SPA Kaki


Bahan-bahannya adalah Garam Kasar dan Air Suam. Rendam kaki anda untuk beberapa minit dan buat sedikit urutan ketika kaki direndam. Baik untuk kaki yang kepenatan setelah sehari-hari berjalan.

Selepas itu boleh gunakan Detox Foot Patch untuk membuang toksin di badan anda semasa tidur.

Detox Foot Patch

 Ini la dia Detox Foot Patch yang kimie pakai untuk melegakan penat di tapak kaki...Sebenarnye foot patch ini untuk membuang toksin yang ada pada badan kita.  Yang ini kimie beli kat Shah Alam. Mintak tolong kawan belikan...harga dia RM 10.00 ada 5 pasang.











Thursday, September 27, 2012

Kedai 1Malaysia!

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia!

 Ermmm ari ni kimie nak cerita tentang Produk 1Malaysia yang telah di usulkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib. Tadi tengah hari sempat la kua opis jap gara-gara tak dapat beli tiket bas secara online...katanyer kena beli 48 jam sebelum berlepas...hurmm sebelum ni ok jek leh beli...ntah lah...akak kaunter tiket Mara Liner KL pon cakap selalu ok jek...

Kebetulan ade kat Pudu Sentral sempat la cuci mata sekejap tengok logo 1Malaysia. Rupanya kat Pudu Sentral sudah ada Kedai Runcit 1Malaysia, Kedai Buku 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia dan paling menarik sudah ada Klinik di Pudu Sentral, Klinik 1Malaysia!

Syabas dan tahniah PM!






Tuesday, September 25, 2012

10 Perkara Yang Merosakkan Otak


Saya Pilih Mengundi!

Hari ini giliran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk membuat Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2012/2013. Bahasa lamanyer Pilihanraya Kampus. Kalau tengok sekitar kampus ni dah banyak lah poster-poster wajah "orang-orang hilang" bak kata seorang anak kecil suatu ketika dulu kepada ibunya...
Apapun kimie doakan selamat membuat pilihan dan semoga majlis pemilihan hari ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan dan kekacauan.

Saya Pilih Mengundi!

Sunday, September 23, 2012

Takziah Buat Rien Zaleena Sekeluarga

AsSalam semua, kelamrin sekitar jam 5.20 petang kimie dapat berita pemergian ibu kepada sorang sahabat kimie Rien Zaleena. Jadi hari ini 23 September 2012 kimie dan kawan serumah pergi menziarah arwah dan keluarga Rien Zaleena di Felda Besout 1. Majlis pengkebumian berjalan sangat lancar. Alhamdulillah banyak tetangga sekitar datang membantu.

Apapun sekali lagi salam takziah buat Rien Zaleena sekeluarga. Kimie berdoa kalian tenang menghadapi dugaan ini.

Kimie juga teringat seorang sahabat kimie bernama Asyraf seorang guru yang mengajar di Kapit, Sarawak juga dari tempat yang sama Felda Besout 1 yang telah kembali ke Rahmatullah pada Jun 2012 yang lalu.
Kimie tidak akan pernah lupakan Asyraf dunia dan akhirat.

Semoga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin.

Al-Fathah.

Saturday, September 22, 2012

Hadiah Dari Korea! Anyeong

Anyeong! kimie dapat hadiah ni dari rakan yang baru balik dari Korea! Murnie Nonie terima kasih adik!

Ada Apa Dengan Bateri Yokohama?

Al-kisah tersebut lah kisah lampu kereta...

Ini adalah bateri kereta jenis cecair berjenama Yokohama. Bateri ini kimie beli di Stesen Minyak Esso Hulu Bernam, Selangor dengan harga RM 180.00. Dapat diskaun RM 5.00 setelah getik2 manje ngan uncle pam minyak.

Kenapa bateri kereta? hahaha kimie lupe nak padam lampu masa pakir kereta. Arghhhhh dah la ujung bulan sia-sia jek.

Ini lah akibatnyer...kecuaian kecil menyebabkan kos yang sangat tinggi...

Apapun kimie nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Fahmi Bear dan isteri teweet2, havang Rosli dan anak lelakinyer, hadek Fadli yang sanggup tunggu sampai senja, bos fahmi bear abang mail

kebudayaan tolong kimie tolak kete. Cobaan menghidopkan kete katenyer. Sangat-sangat berterima kasih atas bantuan yang diberikan.

Masih ade yang sayang hiksss*

Thursday, September 20, 2012

Demam "Gangnam Style" PSY


Potret Keluarga Aidilfitri 1433 Hijrah / 2012

Selamat Hari Raya Aidilfiitri..opsss hahaha raya dah abes lah pix baru nak upload...

Happy Birthday Cha Cha Bebe

Tanjong Malim, 19 September 2012 - Selamat Ulang Tahun Cha Cha Bebe Humairah! hahaha selamat menempuh hari-hari ketuaan...kimieko doa semuga panjang umo, murah rezeki, selalu gembira dan hidup diberkati Allah SWT aminnn...

Love u Mr. Pink Cheek!

My owhh My!

Sedar tak sedar dah 3 tahun blog ni xhupdate...perghhh last post taun 2009 kot lepas gi Bukit Fraser ngan incik Halim n hadek apies azhar jalan2 makan tengah hari voley?

Kursus Pembangunan Blog

Hari ini, 20 September 2012 kimieko mengikuti Kursus Pembangunan Blog yang dianjurkan oleh opis. hahaha WALAUPON kimieko dah ade blog dari awal Adithakimi Hussainy. Seterusnya jom kita hupdate blog yg dah bersarang ini...

Tenaga pengajar incik Eimiza Fasha.

Tuesday, October 13, 2009

Lunch@Fraser's HiLL


11 Oktober 2009 (Ahad)

Lunch@ Fraser's HiLL, Raub...hahaha umo dah 25 tahun baru pijak Fraser's HiLL...dulu dok Raub mam susah sangat nak naik..xde al susah mana pon janji ada mmber kamcing...so far Fraser's HiLL best ahh klu nak lepak tenangkan kepala otak yg serabut..sana xde apa pon mmg tempat utk rest...

So gerak jam 11.30 pagi lebih kurang sampai kol 1pm ahh...then aku, apis n halim solat zohor kat masjid Fraser's HiLL...best tue air sejuk dan yang paling best xde kipas maaaaa aircond pon xde sume natural..original sejuk maaa jimat elektrik dok situ...

Lepak mkn tengahari kat kedai makan area situ...pastu masa amik gamba aku ngan apis jek sebab halim dah belambak gamba kat situ katanya..hahaa macam2 hal...

Aku ngan apis gak sempoi amik pic mcm muka xmalu hahaa well we all kan pelancong...hahaha bukan pelacur ok...so ni la keadaan masa kat situ...Fraser's HiLL aku akan kembali lagik nanti...


UniMAP Menang 2 Pingat Emas PECIPTA


Sekalung tahniah buat UniMAP, Perlis kerana telah memenangi 2 Pingat Emas sempena PECIPTA 2009 pada 8 - 10 Oktober yang lalu. Pecipta 2009 telah diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre. Paparan ini diambil dari Surat Khabar KOSMO.

Kecik je space yang di pelukan untuk papar kejayaan 2 pingat emas yang dia dapat dan siap kua kat paper pada hari Selasa (13 Oktober 2009) plak tue...ahaksss

Antara komen yang diterima...

"walaupon kecik jek space dia tetap leh baca" yang pasti kuar hr selasa..rileks je kan3...hahahhaha..."

"kecik2 pun 1 malaysia leh baca..bukan x leh pun.."

Fikir2kan lah....



Wednesday, May 13, 2009

New Born...Cucu MeEt uNcLe hUsSin

CuCu mEeT uNcLe hUsSiN

Kelmarin family aku dapat sorg lagik ahli baru hahhaa...akak aku beranak kol 3 petang dapat baby boy..nama lom tau lagik...so this is the baby...umur baru satu hari hahhaa...baby ni merangkap sepupu pertama afrina & apik otai....







Friday, April 10, 2009

Aku ke BHKA???

Ermm selepas bercuti panjang 5 ari yang lepas sempena mengundi Dun Bukit Selambau (kalah akhirnya huhuhu BN or Bebas undi adalah rahsia hehehe) so aku mula kija ari kamis yang lalu...so smpai jek opis pagi kamis tu ada lah beberapa orang2 opis senyum sipu2 kat aku...ermm nak kata sua koyak xde la plak rupa2nya atas meja aku ada MEMO hahha direct dari kerajaan langit hehehe terkezut aku...aku di tukarkan lokasi kerja ke opis baru..ermmm bukan xsuka tukau tempat baru tp keadaan arahan tukar tu mcm pelik jek...so pasrah jek lah walaupon aku sendirik xpaham nape mesti aku ke sana.....

Tuesday, March 17, 2009

Iklan Jawatan Kosong Di Universiti Pendidikan Sultan Idris 2009

Iklan Jawatan Kosong Di Universiti Pendidikan Sultan Idris 2009

Sape2 kawan2 yang lalu lalang kat sini leh lah singgah kat laman web UPSI http://www.upsi.edu.my untuk apply kija2 kosong yang sesuai ngan korg yang masih lagik menganggor ataupon korang2 yang ada plan nak tukau kija kat UPSI...

so direct link ke jawan kosong seperti berikut :-

url : http://bsm.upsi.edu.my/iklan/iklan.htm

Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-11 UPSI Sidang Pertama


Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-11 UPSI Sidang Pertama

Tarikh : 16 - 18 Mac 2009
Lokasi : Dewan SITC, UPSI

Sepanjang majlis ini aku dilantik menjadi Pegawai Pengiring VIP (katanyer...hahaha) wat kali kedua...so tahniah kepada semua graduan..huhuhu aku ntah bile arr nak dapek degree...

Tuesday, March 10, 2009

"Bumi Kenyalang Memanggil Ku Pulang"


Hati ku masih di Bumi Kenyalang tanah tumpah darah ibuku...hati aku sentiasa senang di bumi kenyalang sampai aku dapat rasa yang aku tak langsung fikir nak balik ke semenanjung lagi...aku mmg nak balik ke Sibu tp aku xtahu bila harus aku terbang pulang...Apa yang penting aku masih lagi ada sorg insan yang aku sayang...nenek aku yang satu...doakan aku segera pulang terbang ke bumi kenyalang...

love,
baby kim